Drama Adaptasi novel karya Aisya Sofea iaitu Sehangat Asmara telah rancak di mainkan dan mendapat sambutan yang hangat daripada peminat2 drama melayu masa kini.
Drama bersiri ini dibintangi oleh pelakon utama yang hebat iaitu Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda dan Nur Fureena.
Sinopsis
Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?