Sedetik Cinta Episode 1

Episode 1 Drama Sedetik Cinta yang terbaru di slot Akasia di tv3! Drama ini ditayangkan setiap hari isnin hingga khamis bermula dari pukul 7 malam. So xnak cakap banyak, sape2 nak tau sinopsis drama yang dibintangi Awal Ashaari (Hakimi), Hanez Suraya (Emylia), Zarynn Min (Tini), Tunku Hanis (Elisya), Fizz Fairuz (Iskandar), Puteri Fatin (Sara), Redzuan Hashim (Taufiq), Kathy Azean (Ramlah), Rosnah Johari (Mastura), Sofian Bujang (Fuad) boleh baca sinopsis di bawah ye!! selamat menonton sume! Nak tonton, ade link provided dekat bawah ye!!






Sinopsis Drama Sedetik Cinta


Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga. 

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya. 

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi. 

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi  terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya? 








Tonton Sedetik Cinta Episode 1 -->  Watch Now!


Download OST Drama Sedetik Cinta







0 comments:

Post a Comment